TINY TECHIES (INOVASI ROBOTIK SIRI 1)
19 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2026 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies iaitu Inovasi Robotik siri 1. Program ini telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memperkenalkan asas teknologi dan robotic kepada peserta, khususnya kanak-kanak, melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Sepanjang program ini, peserta didedahkan kepada konsep asas robotic seperti penggunaan sensor, pergerakan mekanikal, serta cara membina dan mengawal robot ringkas. Program ini bukan sahaja berjaya menarik minat peserta terhadap bidang STEM, malah turut membantu membina keyakinan diri dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan mereka. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada perkembangan pengetahuan serta minat peserta dalam dunia teknologi dan inovasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: